My HeartBeat ^^

Saturday, December 5, 2009

Blog ku *munirah hani tarmizi*

Erm sebenarnya aku pun tidak tahu ape yang ingin ku luahka sekarang.. aku hanya mula menaip kerana kebosanan melampau yang aku rasakan saat ini.. Mungkin dengan cara ini aku dapat melupakan kebosanan yang sedang melanda..

Sekarang aku masih menetap di rumah sewa kakak ku di keramat.. selama berada di sini, ade juga kenangan2 manis yg sudah tercipta walau selebihnya hanya ditemani kesepian dan kerinduan.. aku pernah terbaca ade seseorang menulis, "sepi itu indah".. Hurm betulkah begitu?? setakat ni aku pun masih belom menemui kebenarannya...

Pada 1 dec lalu, aku telah menemui dia. kalau lah kau masih ingat sayang, kali terakir kita keluar bersama juga adalah pada tarikh yg sama pd thn lepas.. genap setahun kan sayang.. Selepas setahun berlalu akhirnya aku dapat menemui mu semula. tak dapat nak digambarkan dengan kata2 betapa aku sangat merindui dirimu sayang.. Alhamdulilah setelah begitu lama kita menanti, akhirnya Tuhan masih memberi kita peluang untuk bertemu semula.. ada x orang lain yang bercinta macam kita ni ye? xpe lah.. mngkin ini memang perjalanan cinta kita.. aku bersyukur kerana kau masih insan yang same aku kenali 4 tahun yang lalu.. walau macam2 ujian dan dugaan yang melanda cinta kita, walau kita pernah terpisah sekian lama, namun aku dapat merasakan bahawa cinta ini masih milik kita berdua.. semoga Tuhan akan terus merestui kasih sayang kita ini..

Pada hari itu,dia telah menemani aku ke Genting Highland.. Dia tahu betapa aku teringin sangat untuk menjejak kaki di sana.. Kami sampai di sana dalam pukul 11 lebih.. Tetapi malangnya, apabila kami sampai sahaja di puncak, hujan terus turun dan semakin lebat.. terpaksalah kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan shj di dalam.. Aku menemani dia makan dahulu kerana aku tau dia mmg kuat makan, mesti lapar belum makan lagi.. haha.. seperti biasa tempat fav dia, mcD la.. mase tengah beratur 2 tetiba de sorang pak cik arab ni ofer tiket indoor game dia kat kami sebab dia da nak balik pun.. kami pun amek je la,org da bagi kan. pas makan kami pun pergi la kat tempat indoor game 2. wah semua cam game ntok budak2 je, nak main pe ni?? haha so kitorang pusing2 je lah kat situ.. ramai gila org sebab time cuti skool kan..

Then tengok tiket yg pak cik 2 bagi de 1 tiket ntok snow world.. best nya aku da lame teringin nak rase main salji.. kami pun pergilah masuk ke dlm 'snow world' tersebut dgn memakai sweater dan gloves yang dah disediakan.. ade lah bau 'masyam' ckt sebab sume pakai baju yg same kn.. huhu xtau la da bape thn dia x basuh baju 2.. Bila melangkah je ke dunia salji tersebut, kesejukan terus menyerbu diriku. rase cam masuk dlm peti ais pun ade.. hehe.. Yang bestnya bila kami bercakap, ade asap keluar dari mulut (macam dalam TV tu.. huhu).. kami pun mula ar wat keje sengal main hembus2 nafas.. haha.. tapi aku mmg xtahan sejuk.. 15 minit je aku da xtahan kesejukan kat situ.. terus la aku ajak dia keluar. dia cakap kat aku yang aku ni memang xleh duk kat u.s.. sejuk sikit pun da xtahan.. xpe la aku mmg nak duk malaysia je pun.. huhu

Kuar je dari situ kami terus menuju ke skyway untuk turun ke bawah dan mengakhiri percutian kami di sane.. dalam pukul 3 lebih agaknye kami sampai di tempat meletak kereta dan terus menuju ke shah alam. Malam tu sepatutnya kami bercadang nak pergi karaoke tapi lambat lak kuar, karaoke pun da tutup.. tempat lain xtau lak nak cari.. last2 terpaksalah dia teman aku window shoping kat uptown s.a..

Esoknya kami ke klcc. tibe2 terjumpa book store saje la masuk igt nak tgk2 je.. dia pulak belek punya belek banyak la plak yg berkenan.. kalau bole sume pun dia nak borong kot.. huhu.. tapi disebabkan masalah kewangan dia beli la 2 buah buku je.. aku da pesan awal2 nak pinjam buku 2 pas dia abes bace.. malas nak beli.. hehe.. terbang la duet dia kat book store 2 tapi aku tau dia x kisah pn.. memang dia minat pun, xpe lah.. Then kami terus g makan kat food court yang punyalah ramai orang.. pastu dia pun hantar aku balik keramat. awal jugak kami balik sebab aku kesian jugak dia nak drive jauh lagi..

Saat terakhir 2 la yang paling x bole nak lupa.. aku da mule rase sedey time 2.. aku pun banyak diam je.. dia ckp aku cam xlayan je.. dia ingat aku majuk ke ngan dia.. padahal aku tengah tahan kesedihan mase 2.. sampai je umah time nak kuar keta 2 aku da xleh control.. terus nangis je.. terpaksa lah dia pujuk aku dulu.. bile lah dapat jumpa kamu lagi sayang? tentu aku akan kerinduan kembali selepas ini..

Whateves it is,Thankz so much sayang for the moments u've spend wif me.. ia akan sentiasa tersemat dalam ingatan sehingga kita bertemu kembali.. kau kesayanganku untuk selamanya my Dear...

No comments: