My HeartBeat ^^

Friday, December 11, 2009

KISAH P.E.L.A.N.G.I - [bahagian 1]









Tahun 2009 semakin hampir ke penghujungnya. Bermacam-macam peristiwa dan kisah yang sudah terkumpul sepanjang tahun ini. Segala pahit getir juga kemanisan sudah aku rasai. Di sini aku ingin menceritakan kembali segala peristiwa yang berlaku dalam hidupku sepanjang tahun ini. aku cuma ingin mengenang kembali apa sebenarnya jalan yang telah aku lalui untuk tiba di saat ini. di hari aku masih bernyawa di atas bumi Allah ini. Mungkin ada sesetengah cerita tidak dapat disiarkan untuk menjaga hati sesetengah pihak..

Pada awal tahun ini aku masih hidup terumbang-ambing. Aku sibuk mencari kerja dan asyik pergi temuduga je. tapi memang susah nak dapat kerja kan. Aku plak makin lame dah rase makin bosan duduk kat umah je. Pada mase tu jugak hidup aku diselubungi kesedihan dan kekecewaan apabila orang yang aku paling sayang meninggalkan aku sendirian. Setiap hari aku hanya mampu menangis sendirian. Setiap hari aku cuba mencari kekuatan untuk meneruskan hidup dengan lebih baik. aku cuba melupakan kesedihan yang aku rasai. Hanya pada Dia lah tempat aku mengadu. Kalau hari2 mengadu kat orang pun mesti orang bosan juga nak melayan. jadi aku hanya pendamkan kesedihan itu sendirian. cuma apabila aku sudah tidak dapat menahan kesedihan itu sahaja aku akan meluahkannya pada teman baik ku yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senangku iaitu Azie atau Siti Nazirah Abd Karim.. Thankz sangat Zie. sampai hari ni, ko sentiasa tolong aku x kire apa pun..

Pada suatu hari cousin aku iaitu Abg Amin dengan wife dia Kak Misah datang rumah aku. Aku pun cerita la susah betul nak cari kerja asyik pergi interview tapi x dapat2 pun. Tiba2 Kak Misah tanya aku nak tak stay dengan diaorang, try cari kerja kat tempat dia lak. Diaorang ni stay kat Bidor. Aku pun terus setuju. Sebenarnya masa tu aku memang ade terfikir nak pergi tempat lain, aku rase nak lari jauh dari rumah aku dan semua orang yang kenal aku. Hidup aku memang agak tertekan pada masa tu. aku rase aku memang perlukan suasana baru untuk aku mencari kehidupan yang lebih tenang...

Apabila aku pergi ke Bidor aku terus menukar nombor telefonku. Aku rase aku perlu bersendirian ketika itu. Aku tidak mahu sesiapa tahu di mana aku dan juga semua kisah diriku. aku menjauhkan diri dengan semua orang pada ketika itu termasuklah teman2 rapat ku juga. Hanya Azie yang tahu semua kisah hidupku. Aku tahu aku tidak boleh lari dari masalah. Aku cuma ingin mencari ketenangan ketika itu..

Semasa di Bidor, Kak Misah banyak membantu aku untuk mencari kerja. Walaupun semuanya agak kurang membuahkan hasil. Tapi aku x kisah. Aku rase tenang sedikit semasa tinggal di sana. Abg Amin pulak jarang ade kat rumah. Dia salu kerja luar. Tinggal la kami dengan anak2 diaorang. Kadang2 pergi hantar barang kat Cameron Highland. Tapi besh sangat bila dia balik. Mesti bawa bunga banyak sangat dari sane sebab dia dapat free je. Kadang2 rumah tu dah jadi cam kedai jual bunga. terlampau banyak sampai kena bagi kat jiran2 sikit. kalau x rumah jadi taman bunga lak. hehe Aku ni pulak memang agak obsess dengan bunga. Sebab tu aku suke sangat. Sejuk mata memandang. hehe

Setelah agak lame aku tinggal di sane aku masih tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan. Makin runsing pulak aku dibuatnya. Tiba2 kakak ku mengajak aku stay dengan dia kat Kl dan try cari kerja kat sane.. Pucuk dicita ulam mendatang. da lame aku tunggu peluang ni.. hehe Aku pun bagitau cousin aku nak try cari kerja kat KL lak. Dorang x kisah Cuma risau nak melepaskan aku sorang2 pergi ke KL. Kebetulan adik kak Misah yang kerja kat KL balik kg sebab de kenduri. So dorang pun suruh dia teman aku balik KL sekali. Aku pun x risau sangat sebab de teman kat Pudu nanti.

Akhirnya pada 28 Mac 2009 aku pun bertolak ke sane dengan Rizal. Mase dalam bas kami berborak macam2 cerita. dia bagitau dulu dia pernah study kat sek teknik Manjung dekat rumah aku. Baru aku teringat dia pernah datang rumah aku dulu mase Abg Amin nak hantar dia balik asrama. Lepas bertahun2 baru sembang dengan dia. dulu kecik lagi segan la. hehe.. Besh gak la borak dengan dia. dia nasihat aku suruh sambung study balik. tapi aku cakap nak try kerja dulu.. Bile dah sampai kat pudu, dia teman aku sampai kakak aku datang ambik aku. Pada hari itu, bermulalah kisah aku di Kuala Lumpur.

Next time aku sambung lagi k kisah yang seterusnya. hehe.. Erm ptg tadi aku dah cek result exam aku. Alhamdulillah sume pass walaupun tidak cukup cemerlang.. Next sem I’ll try harder.. Tadi pulak ade party sikit kat rumah nenek. sambut besday anak sepupu aku. aku suke bile dapat berkumpul ramai2 dengan mak cik2 and sepupu2 aku. mesti meriah sangat.. Like it.. hehe.. ok la lain kali kite cerita lagi =)



2 comments:

Aienz said...

ini lah yang dinamakan KEHIDUPAN... hambaNya sentiasa diuji untuk beriman kepadaNya...
sabar menepuh segala ujian...

Ira Hani said...

Thankz ain =)