My HeartBeat ^^

Monday, March 1, 2010

T.E.M.A.N ^^

2.18 a.m...

Susahnya nak lelapkan mata.. Kenapa ye? padahal malam semalam pun langsung aku x tidur.. Esok ade klas pagi.. Ade test lagi.. Kalau boleh memang nak tidur.. Tapi mata xboleh nak lelap.. Tiba2 teringat Maziera and Hani.. Rindu sangat kat dorang.. Dah setahun lebih x jumpa.. Erm sebenarnya rindu nak ade bestfrendz cam dorang lagi.. Why?? Yela kat sri iskandar ni aku rase cam lonely je.. Memang aku ramai kawan kat sini.. Tapi xde pun yg betul2 close dengan aku.. Rase cam xde tempat nak mengadu...

Tapi mungkin itu yang menjadikan aku lebih kuat kat sini.. Yela apa2 pun jadi, aku kena face sendiri.. Jadi nak x nak aku kena kuatkan diri.. Aku xde tempat nak bergantung kat sini.. Aku hanya ada diri aku sendiri.. Setiap kali aku sedih, aku ingatkan diri aku, aku x boleh sedih, aku x boleh nangis.. Aku kena kuat, aku kena senyum selalu.. Aku xnak orang tau kalau aku sedih, kalau aku x hepy.. Sekarang aku cuma fikir, aku stay kat sini sebab nak study je.. So hal2 lain tu anggap je la x penting...

Aku rase diri aku ni sangat complicated.. xkan ade orang yg boleh faham aku.. Mungkin dorang hanya akan nampak luaran sahaja, kat dalam hanya aku yang tau.. Mungkin ade yang kata aku ni pendendam.. Erm xtau la betul ke x... Mungkin jugak.. Walau aku sudah memaafkan, mungkin agak sukar untuk melupakan apa yang orang buat kat aku.. Ada seseorang yg aku maksudkan kat sini.. Walau aku sudah memberi kemaafan pada dia, tp hubungan kami masih dingin.. Aku x benci dia.. Tapi x tau macam mana nak pulihkan hubungan kami kembali.. Mungkin dia pun xtau macam mana nak tegur aku balik.. "sory kat dia".. Tapi apa pun, Aku cakap ikhlas dari hati, Aku dah maafkan kau...

Dalam beberapa tahun ni, banyak yg dah terjadi.. Macam2 dah aku tempuhi.. Ada yg pahit, ada yg manis, dan ada jugak perkara yg aku sesali.. Kalaulah masa boleh diputarkan kembali.... Ahh x mungkin perkara tu boleh terjadi.. lainlah kalau aku ada kawan cam doraemon tu, boleh gak gune mesin masa dia.. Mungkin sesetengah perkara tu aku xdapat nak tebus balik.. just hope Tuhan masih mahu memaafkan segala kesalahan aku tu.. Waa banyaknya buat salah kat mak n abah.. Kenapalah susah sangat nak dengar cakap mak.....

No comments: