My HeartBeat ^^

Monday, March 1, 2010

yang tersurat dan yang tersirat~

Sebenarnya aku sedang cuba mencari apakah maksud yang tersurat dan tersirat, akan perkara yang terjadi dalam kehidupan kita ni.. Selalunya manusia hanya nampak yang tersurat.. sebab yang tersirat tu selalunya agak sukar untuk difahami.. Contohnya, kalau kita kehilangan sesuatu, mesti kita rasa sgt sedih.. Lagi teruk, mungkin kita xdpt terima kenyataan itu.. Tapi kita lupa perkara yang tersirat disebalik kejadian tu.. Mungkin kita kehilangan sesuatu yg paling berharga dalam hidup kita, tapi siapa tahu, mungkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih berharga dan terbaik untuk kita...

Tadi bace blog en.wawan~ Junior aku kat UiTM Kelantan dulu.. Terharu lak.. Dia banyak cite pasal awek dia je.. Nampak sangat betapa dia sangat syg kat awek dia.. Aku lak yang terharu lebih2.. Maybe sebab aku harap ada orang sayang aku camtu gak kot.. hehe.. Daripada apa yang aku bace, aku dapat wat satu kesimpulan.. Manusia ni nature dia same je.. Kita jarang menghargai apa yang kita ada, hanya bila hampir2 kita kehilangan, baru kita akan sedar dan cuba untuk memperbaiki keadaan.. Kalau masih boleh diselamatkan bagus la.. Alhamdulillah.. Tapi kalau x dapat, redha je lah.. Dan kalau ada yang x sedar2 tu, xtau la nak cakap apa.. Lu pikir la sendiri...



Erm banyak lagi nak tulis.. Nanti la sambung.. See you ^^

T.E.M.A.N ^^

2.18 a.m...

Susahnya nak lelapkan mata.. Kenapa ye? padahal malam semalam pun langsung aku x tidur.. Esok ade klas pagi.. Ade test lagi.. Kalau boleh memang nak tidur.. Tapi mata xboleh nak lelap.. Tiba2 teringat Maziera and Hani.. Rindu sangat kat dorang.. Dah setahun lebih x jumpa.. Erm sebenarnya rindu nak ade bestfrendz cam dorang lagi.. Why?? Yela kat sri iskandar ni aku rase cam lonely je.. Memang aku ramai kawan kat sini.. Tapi xde pun yg betul2 close dengan aku.. Rase cam xde tempat nak mengadu...

Tapi mungkin itu yang menjadikan aku lebih kuat kat sini.. Yela apa2 pun jadi, aku kena face sendiri.. Jadi nak x nak aku kena kuatkan diri.. Aku xde tempat nak bergantung kat sini.. Aku hanya ada diri aku sendiri.. Setiap kali aku sedih, aku ingatkan diri aku, aku x boleh sedih, aku x boleh nangis.. Aku kena kuat, aku kena senyum selalu.. Aku xnak orang tau kalau aku sedih, kalau aku x hepy.. Sekarang aku cuma fikir, aku stay kat sini sebab nak study je.. So hal2 lain tu anggap je la x penting...

Aku rase diri aku ni sangat complicated.. xkan ade orang yg boleh faham aku.. Mungkin dorang hanya akan nampak luaran sahaja, kat dalam hanya aku yang tau.. Mungkin ade yang kata aku ni pendendam.. Erm xtau la betul ke x... Mungkin jugak.. Walau aku sudah memaafkan, mungkin agak sukar untuk melupakan apa yang orang buat kat aku.. Ada seseorang yg aku maksudkan kat sini.. Walau aku sudah memberi kemaafan pada dia, tp hubungan kami masih dingin.. Aku x benci dia.. Tapi x tau macam mana nak pulihkan hubungan kami kembali.. Mungkin dia pun xtau macam mana nak tegur aku balik.. "sory kat dia".. Tapi apa pun, Aku cakap ikhlas dari hati, Aku dah maafkan kau...

Dalam beberapa tahun ni, banyak yg dah terjadi.. Macam2 dah aku tempuhi.. Ada yg pahit, ada yg manis, dan ada jugak perkara yg aku sesali.. Kalaulah masa boleh diputarkan kembali.... Ahh x mungkin perkara tu boleh terjadi.. lainlah kalau aku ada kawan cam doraemon tu, boleh gak gune mesin masa dia.. Mungkin sesetengah perkara tu aku xdapat nak tebus balik.. just hope Tuhan masih mahu memaafkan segala kesalahan aku tu.. Waa banyaknya buat salah kat mak n abah.. Kenapalah susah sangat nak dengar cakap mak.....

Saturday, February 27, 2010

Friday, February 26, 2010

It's a farewell....

Ok like i said before, i want to teminate my internet service.. So maybe it will be done tomorrow.. Farewell to my broadband.. huhu.. Jadi mungkin akan jarang update blog pasni.. Maybe kalo rajin g cc ke.. Tengok la cane nty.. So thanx to all yg salu berada di sisi aku bila aku memerlukan kalian..

Have a Beautiful Life >.<

Monday, February 22, 2010

Tak boleh tido lagi..!!!!

Nampaknya penyakit lama dah datang balik ni. Nape la aku ni susah sangat nak tido..??? BUkan apa, just takut pagi sok xterbangun lak.. So baru jap tadi aku msg ayu, soh dia check aku bgn x pagi sok.. hehe.. Bagus kan.. tu la gunanya kawan :)

Dlm aku pusing kiri pusing kanan tu, tetiba teringat kenangan mase kerja kat econsave dulu.. Rindu sangat.. Tetiba aku wat keputusan cuti sem nanti, nak try mintak kerja sementara kat situ ar.. Mesti besh.. hehe..

Aku teringat kat seseorang yg kerja kat situ gak.. Dulu kami sangat rapat.. Sampaikan ramai yg jeles kat aku.. Yela dia ni ramai peminat.. hehe.. Mase tu aku kerja sementara jadi cashier.. Dlm kul 10 mlm kitorang dah tutup counter.. Then kira2 duit sampai kul 10.30.. Pastu dah bole balik ar.. Tapi salunya aku akan jadi antara orang terakhir yg blk.. lbh kurang dlm kul 11 mlm.. Sebabnya aku kena tunggu dia.. Erm dia pegang kunci econsave tu.. So dia kena la tunggu sume org balik nak kunci pintu.. Opss dia bukan guard eh.. huhu.. kadang2 habis kerja dia belikan aku ais krim.. Sebab dia kesian aku kena tunggu dia lama.. hehe

Lupa lak, mase tu aku stay dengan cousin aku.. Dorang memang dah amanahkan dia ntok hantar aku balik.. sebab tu aku salu tunggu dia.. Ada something yang klakar pasal dia ni.. Rahsia dia la.. Malu besar kot kalo org2 econsave tau.. saje je aku nak cite sebab aku tau dia xtau pun kewujudan blog aku ni.. hahaha.. Disebabkan dia pegang kunci econsave tu, so dia memang wajib la kena datang awal.. Tapi dia salu lak overslept.. So jawabnya memang dah xsempat nak mandi la.. sembur je perfume byk2 terus g kerja.. Tunggu waktu minum pagi la baru dia balik mandi.. huhu.. Jatuh saham kot kalo org tau..

TAPI TIBA-TIBA...

Semuanya berubah dlm sekelip mata.. Tiba2 dia dah lain.. dia macam menjauhkan diri dari aku.. sampai sekarang aku xtau apa sebabnya.. Semua orang perasan perubahan kami tu.. Aku pernah cuba nak bertanya dia hal sebenar, tapi dia mengelak seboleh2 nya.. So aku pun give up and biar je dia macam tu.. Lepas tu aku xpernah tunggu dia dah.. Aku sanggup balik jalan kaki sorang2 kat lorong2 gelap blkg umah orang (kaw. taman perumahan) banyak anjing plak tu.. beberapa kali jugak aku hampir kena kejar anjing.. xpe aku terima je.. Tambah plak ada kwn aku pernah kena ragut kat situ.. Lagi ar aku takut.. So nak hilangkan takut sikit, bf aku la teman aku borak2 kat fon sambil aku jalan (ex-bf dah skrg)..

Tapi sekarang kalo aku jumpa dia, dia dah tegur2 aku balik.. Kdg2 bile aku g shoping kat situ, aku nampak dia dr jauh, tapi aku saje je buat2 x nampak.. Nanti tiba2 je dia lalu kat sblh aku buat2 macam terserempak dgn aku konon.. klakar je.. At least skrg dia da tegur aku blk walaupun kdg2 rase kekok lagi nak berborak dgn dia.. Erm da lame jugak x jumpa dia.. Just hope dia akan sentiasa bahagia.. Susah nak jumpa lelaki baik macam dia.. Mungkin dia ade sebab dia sendiri ape yg dia buat kat aku dulu.. xpelah, aku dah maafkan dia pun.. >.<
* Ready for work ;)


Sunday, February 21, 2010

Time of Life...

Masa xpernah menunggu kita
Hanya kita yang selalu menunggu masa
Tanpa sedar, banyak yang sudah berubah
Apa yg ada dalam tangan kita, fikiran kita
dan hati kita..
Namun apa yang sudah berakhir,
Pasti akan bermula kembali...