Tunggu sekejap wahai kasih...
Kerana hujan masih renyai..
Mari ku dendang..
Jangan mengenang orang jauh..
Besh oo lagu ni.. Aku suke sangat yang versi Jac nyanyi mase Malaysian Idol dulu.. Tapi aku bukan la nak cerita pasal lagu ni or Jaclyn Victor tu.. Saje je buat intro.. hehehe.. Sebenarnya aku nak cerita pasal satu benda yang aku benci sangat tapi aku selalu kena benda tu.. Uhhh tension tol.. Orang kate penantian tu satu penyeksaan.. Memang betol pun.. Aku paling benci tunggu orang.. Tapi aku selalu je kena tunggu orang.. Kenapa la ramai sangat orang kat dunia ni yang x pandai nak menghargai dan menepati masa.. Kalau betul la masa tu emas.. Mesti semua orang x kan sia2 kan mase dorang kat dunia ni..
Contohnya sorang kawan aku ni.. Kalau dia janji nak keluar dengan aku, mesti dia datang lambat punya.. Mak aku pun dah paham sangat.. Kalau aku janji ngan dia, Mesti aku kena tunggu dia paling cepat pun setengah jam.. Fed up siott.. Aku dah siap2 kena tunggu dia lame pulak.. cair make up aku.. huhuhu.. So cara penyelesaiannya bile janji ngan dia aku dah malas nak siap cepat2.. Masalahnya tiba2 dia datang awal la pulak.. Adui saje je mak cik ni bagi aku tension..
Tu xpe gak, de lagi sorang ni pulak kawan lelaki aku.. Dia pun same 2x5 camtu gak.. Tapi up sket ar.. x sah kalau aku x tunggu dia sejam.. Ari tu aku nak kuar ngan dia.. Dia soh aku call dia dlm kul 2 in case dia x bangun lagi (spesis kelawar sket dia ni.. huhu) Mase aku call tu dia ckp nak mandi jap. Aku cakap kat dia kul 3 la kuar.. Then da kul 3, aku pun da siap la.. Kul 3.15 dia x datang lagi. Aku call dia cakap, "jap eh nak makan dulu".. Hello.. Baru nak makan pak cik ni? Bengang kot aku.. Last2 kul 4 baru dia sampai umah aku.. Leh lak bagi alasan jalan jem.. Nampak sangat dia yang saje lambat.. Kalau pempuan tu leh la dimaafkan lambat nak make up ke.. Lelaki x kan la make up gak kot??
Lagi sorang akak aku.. Ari tu aku nak balik kampung ngan dia.. Dia pesan kat aku soh siap2 dulu.. Dia balik kerja nanti nak terus balik kampung.. So time dia balik aku pun terus la bersiap.. Jap je pun.. Bukan nak pergi dating ke.. Pakai bedak sket2 suda.. Tapi aku tunggu dia nak bersiap tu punyalah lame.. kuar masuk kuar masuk aku tengok x siap2 lagi make up.. Adoyai.. Dia ni nak pergi mane je.. Kalau ikutkan hati aku nak je aku cakap.. "Hello cik kak oii, kita nak balik kampung je bukan nak pergi mengorat".. hihihi..
Kerja aku ni asek menunggu orang je.. Penat la.. Aku rase da malas nak menunggu orang.. Kalau korang rase nak terus buat aku tunggu, lantak korang la.. Aku da penat.. da malas.. Adioss and so long =)
No comments:
Post a Comment