My HeartBeat ^^

Showing posts with label Resepi Sedap. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sedap. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Kastad Koktel Buah Sedap

 


Actually baru je buat koktel ni hari Ahad lepas. Tapi x puas lak makan. Adik2 pun suke. So aku buat lagi hari ni. Disebabkan tau budak2 ni kuat makan, aku buat 2 tin koktel sekali. Seperiuk besar gak la dapat.. Huhu.. Tu pun tengok tadi da lesap da budak2 ni kerjakan.. So kepada yang berminat tu boleh la tengok cara2 nak membuatnya.. Semudah 1 2 3 je.. hehe ^^

Bahan-bahannya:

1 tin koktel buah
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
5 cawan air

Cara-caranya:

1. Masukkan tepung kastad, gula dan air ke dalam periuk. Kacau di atas api yang perlahan sehingga pekat dan berkilat.
2. Setelah masak, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sehingga sejuk.
3. Potong kastad yang telah sejuk kecil2 dalam bentuk dadu.
4. Campurkan koktel, susu cair dan kastad tadi dalam satu bekas. Kalau manis sangat, boleh tambah air masak sikit. Boleh gak tambah buah2 lain kalau nak. Aku tambah buah epal je. Kebetulan ade beli lebih..
5. Sejukkan dalam peti ais and pastu dah boleh makan. Nyum nyum…

Senang je kan ^^ 

Friday, January 21, 2011

Kek marble coklat + oren

 

Baru-baru ni tetiba lak aku ade hobi baru iaitu masak-masak, especially baking.. Asyik rase nak buat kek je.. x la terror sangat pun.. Just try and error je la.. kadang2 jadi, kadang x.. hehe..

Malam tadi rase nak mencuba resepi baru iaitu kek marble coklat + oren.. ThankGod menjadi jugak.. Disebabkan my cousin mintak resepi tu, so I just put it here.. Kalau u all nak try pun boleh ^^

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung naik sendiri (aku guna tepung kek bluekey)
Sebuku marjerin Buttercup (brand lain pun boleh lah)
5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil baking powder
Sedikit esen vanilla
½ cawan serbuk koko
¾ cawan susu cair (boleh gak campurkan susu tepung dgn air suam)
Jus oren (sebiji buah oren)
Parutan kulit oren

Cara-caranya:

1. Putar gula dan marjerin sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga kembang.
3. masukkan esen vanilla dan tepung sedikit demi sedikit serta baking powder.
4. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian.
5. Masukkan serbuk koko dan susu cair ke dalam adunan tepung. Putar lagi hingga sebati.
6. Masukkan jus oren dan parutan kulit oren ke dalam satu bahagian lagi. Putar hingga sebati.
7. Ambil 3 sudu besar adunan oren dan letakkan di tengah loyang pembakar. Ambil 3 sudu besar adunan coklat pula dan letakkan di atas lapisan oren tadi.
8. Ulang langkah tadi sehingga adunan habis.
9. bakar selama 40 – 45 minit.

SELAMAT MENCUBA ^^