Pada awal tahun ini aku masih hidup terumbang-ambing. Aku sibuk mencari kerja dan asyik pergi temuduga je. tapi memang susah nak dapat kerja
Pada suatu hari cousin aku iaitu Abg Amin dengan wife dia Kak Misah datang rumah aku. Aku pun cerita la susah betul nak cari kerja asyik pergi interview tapi x dapat2 pun. Tiba2 Kak Misah tanya aku nak tak stay dengan diaorang, try cari kerja kat tempat dia lak. Diaorang ni stay kat Bidor. Aku pun terus setuju. Sebenarnya masa tu aku memang ade terfikir nak pergi tempat lain, aku rase nak lari jauh dari rumah aku dan semua orang yang kenal aku. Hidup aku memang agak tertekan pada masa tu. aku rase aku memang perlukan suasana baru untuk aku mencari kehidupan yang lebih tenang...
Apabila aku pergi ke Bidor aku terus menukar nombor telefonku. Aku rase aku perlu bersendirian ketika itu. Aku tidak mahu sesiapa tahu di mana aku dan juga semua kisah diriku. aku menjauhkan diri dengan semua orang pada ketika itu termasuklah teman2 rapat ku juga. Hanya Azie yang tahu semua kisah hidupku. Aku tahu aku tidak boleh lari dari masalah. Aku cuma ingin mencari ketenangan ketika itu..
Semasa di Bidor, Kak Misah banyak membantu aku untuk mencari kerja. Walaupun semuanya agak kurang membuahkan hasil. Tapi aku x kisah. Aku rase tenang sedikit semasa tinggal di
Setelah agak lame aku tinggal di sane aku masih tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan. Makin runsing pulak aku dibuatnya. Tiba2 kakak ku mengajak aku stay dengan dia kat Kl dan try cari kerja kat sane.. Pucuk dicita ulam mendatang. da lame aku tunggu peluang ni.. hehe Aku pun bagitau cousin aku nak try cari kerja kat KL lak. Dorang x kisah Cuma risau nak melepaskan aku sorang2 pergi ke KL. Kebetulan adik kak Misah yang kerja kat KL balik kg sebab de kenduri. So dorang pun suruh dia teman aku balik KL sekali. Aku pun x risau sangat sebab de teman kat Pudu nanti.
Akhirnya pada 28 Mac 2009 aku pun bertolak ke sane dengan Rizal. Mase dalam bas kami berborak macam2 cerita. dia bagitau dulu dia pernah study kat sek teknik Manjung dekat rumah aku. Baru aku teringat dia pernah datang rumah aku dulu mase Abg Amin nak hantar dia balik asrama. Lepas bertahun2 baru sembang dengan dia. dulu kecik lagi segan la. hehe.. Besh gak la borak dengan dia. dia nasihat aku suruh sambung study balik. tapi aku cakap nak try kerja dulu.. Bile dah sampai kat pudu, dia teman aku sampai kakak aku datang ambik aku. Pada hari itu, bermulalah kisah aku di Kuala Lumpur .
Next time aku sambung lagi k kisah yang seterusnya. hehe.. Erm ptg tadi aku dah cek result exam aku. Alhamdulillah sume pass walaupun tidak cukup cemerlang.. Next sem I’ll try harder.. Tadi pulak ade party sikit kat rumah nenek. sambut besday anak sepupu aku. aku suke bile dapat berkumpul ramai2 dengan mak cik2 and sepupu2 aku. mesti meriah sangat.. Like it.. hehe.. ok la lain kali kite cerita lagi =)
2 comments:
ini lah yang dinamakan KEHIDUPAN... hambaNya sentiasa diuji untuk beriman kepadaNya...
sabar menepuh segala ujian...
Thankz ain =)
Post a Comment