So aku rase cam nak cite la sikit pasal one tree hill ni.. Cite ni mengisahkan pasal family matters, friendship, percintaan, pergaduhan, kasih sayang.. Pendek kate lengkap la. sume ade.. Yang paling penting sekali cerita ni mengisahkan pasal bola keranjang.. Ok lah aku nak story sikit la.. Cerita ni bermula dengan permusuhan adik-beradik tiri iaitu Lucas Scott dan Nathan Scott. Lucas ni bengang kat Nathan sebab bapak dorang tinggalkan dia ngan mak dia before dia lahir lagi sebab nak kahwin dengan mak si Nathan ni.. Dorang ni dua2 memang teror main bola keranjang sebab bapak dorang pun memang pemain bola keranjang. Kira dorang ni jadi pesaing ar mase 2.. Last2 bila dorang tau yang bapak dorang ni memang orang yang sangat jahat dan x reti nak sayang family sendiri pun, akhirnya dorang same2 benci kat Dan Scott tu.. Dorang berbaik dan jadi sangat rapat.. Sory ar kalo korang x faham.. Aku malas nak elaborate panjang2 pasal masalah keluarga dorang yg x abes2 tu.. hohoho
Kalau korang tengok cerita ni mesti rase kelakar.. Dorang boleh plak tukar2 couple.. Kejap orang tu dengan orang ni.. Tiba2 dah bertukar lak.. haha.. Aku pun x paham la director dia tu.. Yang pasti couple tetap dalam cerita tu yang kekal sampai sekarang ialah Lucas dengan Peyton dan Nathan dengan Haley.. Yang paling sweet of cos la Nathan dengan Haley.. Dorang tu punyalah berbeza sangat boleh jadi couple.. Nathan tu bekas playboy, si Haley ni pulak budak baik merangkap kawan baik Lucas.. Entah macam mana tiba2 Nathan ni dah tangkap cintan dengan Haley.. Haley cuba nak deny walaupun sebenarnya dia pun dah syok kat Nathan jugak.. One day tu dorang terperangkap dalam hujan lebat.. Then Nathan ajak la Haley tidur je kat rumah dia.. Pastu korang paham2 je la ape yang jadi kan.. hohoho..
Haley ni dia sorang yang agak conservatif.. Esoknya dorang terus amek keputusan ntok kawen.. Time tu dorang ngah sekolah menengah lagi.. Memang la cam best je tengok dorang kawen.. Tapi pastu banyak la problem yang menanti.. Nak makan ape weh x keje lagi da kawen.. Last2 Haley la yg wat keje part time kat cafe mak Lucas sebab Nathan ni sibuk ngan bola keranjang je.. Tengok orang pempuan jugak yang berkorban.. hohoho.. Sampai la dorang dah habis sekolah dorang masih bersama walaupun macam2 masalah dah menimpa dorang.. Pastu Haley dapat kerja sabagai cikgu kat sekolah tempat dorang study dulu, Lucas plak jadi jurulatih bola keranjang dan Nathan terus main bola keranjang.. Sampai la dorang dah dapat anak yang comel sangat iaitu Jamie.. ok lah, aku pun dah malas nak tulis panjang2.. Korang pun malas nak bace kan.. huhuhu..
* Ni hero & heroin citer ni =)
* Lucas wif Peyton..
* Nathan wif Haley yg sweet =)
* Jamie yang comel =)
No comments:
Post a Comment