My HeartBeat ^^

Wednesday, December 16, 2009

Movie Best Giler =)

Korang sume mesti ade satu movie yang korang minat sangat dan alwayz nak follow cite 2 kan.. Orang2 yang rapat dengan aku mesti tau aku minat giler satu movie omputih ni.. Aku follow cite ni dari zaman sekolah dulu lagi sampai la sekarang sebab ade season baru lagi kat TV.. hehe suke sangat.. Lupa lak nak bagitau cite pe.. "ONE TREE HILL".. Selain daripada hero2 dia yang sememangnya handsome n awek2 cun dlm cite tu, x dapat disangkal lagi yang cite 2 memang best gilaaa.. Pada aku la.. Kalo korang x minat pun, ade aku kisah?? hohoho.. sory terkasar bahasa lak =)

So aku rase cam nak cite la sikit pasal one tree hill ni.. Cite ni mengisahkan pasal family matters, friendship, percintaan, pergaduhan, kasih sayang.. Pendek kate lengkap la. sume ade.. Yang paling penting sekali cerita ni mengisahkan pasal bola keranjang.. Ok lah aku nak story sikit la.. Cerita ni bermula dengan permusuhan adik-beradik tiri iaitu Lucas Scott dan Nathan Scott. Lucas ni bengang kat Nathan sebab bapak dorang tinggalkan dia ngan mak dia before dia lahir lagi sebab nak kahwin dengan mak si Nathan ni.. Dorang ni dua2 memang teror main bola keranjang sebab bapak dorang pun memang pemain bola keranjang. Kira dorang ni jadi pesaing ar mase 2.. Last2 bila dorang tau yang bapak dorang ni memang orang yang sangat jahat dan x reti nak sayang family sendiri pun, akhirnya dorang same2 benci kat Dan Scott tu.. Dorang berbaik dan jadi sangat rapat.. Sory ar kalo korang x faham.. Aku malas nak elaborate panjang2 pasal masalah keluarga dorang yg x abes2 tu.. hohoho

Kalau korang tengok cerita ni mesti rase kelakar.. Dorang boleh plak tukar2 couple.. Kejap orang tu dengan orang ni.. Tiba2 dah bertukar lak.. haha.. Aku pun x paham la director dia tu.. Yang pasti couple tetap dalam cerita tu yang kekal sampai sekarang ialah Lucas dengan Peyton dan Nathan dengan Haley.. Yang paling sweet of cos la Nathan dengan Haley.. Dorang tu punyalah berbeza sangat boleh jadi couple.. Nathan tu bekas playboy, si Haley ni pulak budak baik merangkap kawan baik Lucas..  Entah macam mana tiba2 Nathan ni dah tangkap cintan dengan Haley.. Haley cuba nak deny walaupun sebenarnya dia pun dah syok kat Nathan jugak.. One day tu dorang terperangkap dalam hujan lebat.. Then Nathan ajak la Haley tidur je kat rumah dia.. Pastu korang paham2 je la ape yang jadi kan.. hohoho..

Haley ni dia sorang yang agak conservatif.. Esoknya dorang terus amek keputusan ntok kawen.. Time tu dorang ngah sekolah menengah lagi.. Memang la cam best je tengok dorang kawen.. Tapi pastu banyak la problem yang menanti.. Nak makan ape weh x keje lagi da kawen.. Last2 Haley la yg wat keje part time kat cafe mak Lucas sebab Nathan ni sibuk ngan bola keranjang je.. Tengok orang pempuan jugak yang berkorban.. hohoho.. Sampai la dorang dah habis sekolah dorang masih bersama walaupun macam2 masalah dah menimpa dorang.. Pastu Haley dapat kerja sabagai cikgu kat sekolah tempat dorang study dulu, Lucas plak jadi jurulatih bola keranjang dan Nathan terus main bola keranjang.. Sampai la dorang dah dapat anak yang comel sangat iaitu Jamie.. ok lah, aku pun dah malas nak tulis panjang2.. Korang pun malas nak bace kan.. huhuhu..


* Ni hero & heroin citer ni =)

 
* Lucas wif Peyton..



* Nathan wif Haley yg sweet =)



* Jamie yang comel =)




Gelak Ketawa =)

Salam...

Malam ni aku cuma nak bercerita pasal 'family matters' atau lebih tepat lagi pasal adik-beradik.. Aku ade 6 orang adik-beradik. aku anak no.2. Aku selalu sangat bace dalam buku or majalah. Dia cakap anak kedua ni dilambangkan sebagai api. iaitu mewakili simbol orang yang agak panas-baran kot.. Tapi aku rase aku ni xde lah panas-baran sangat. cuma sedikit garang ade la kot.. tu pun ngan adek2 aku je. kalo x caye cuba tanya kat adik bongsu aku. Suke kak ngah ke kak yong? Mesti dia cakap suke kak yong sebab kak ngah garang.. haha.. x tau ar nape aku agak garang ngan adek2 aku ni.. Tapi x semua la.. Dengan yg kecik2 je.. Yang da besar cam amer (19 thn) & Fahmi (16 thn) tu x de ar.. Dorang gang ngan aku lagi..

Aku dengan akak aku lak beza umur setahun je.. So kami memang sangat rapat la mase kecik2 dulu. Dia nak pergi mane pun mesti aku nak ikot. So kawan2 dia pun da jadi cam kawan2 aku jugak. Sume cerita ngan rahsia dia dulu dalam poket aku je.. Kadang2 surat cinta dia pun aku suke curi2 bace. haha jahat x aku?? Tapi kalau dia nak dating 2 memang aku x suke la nak ikot sebab dulu dah pernah merasa jadi tunggul time dia jumpa pakwe dia.. Bengang gile kot aku tunggu lama. Last2 aku terus blah macam tu je.. Padahal aku takut gak sebab x biasa kat tempat 2 ( Lumut) nak jalan sorang2.. Last2 dia follow gak aku balik. Selamat aku.. huhu..

Tapi tu semua cerita dulu. Sekarang dah susah nak jumpa dia. Dia kat KL, aku pun bukan ade kat rumah time study. Just mase aku kerja kat KL dulu je la salu jumpa dia sebab stay kat umah sewa dia jugak. Aku x sabar nak tunggu dia kawen sebenarnya.. Aku pulak yang x sabar nak dapat anak sedara.. haha.. Tapi x berapa nak berkenan sangat ngan bakal abang ipar aku tu.. Bole dia kutuk bakal adek ipar dia ni?? Cakap kat orang yang akan bagitau aku plak tu.. Agak sengal jugakla.. hoho.. Tapi lantak kau la.. Janji ko sayang kakak aku.. Kadang2 respect gak kat dia.. Akak aku mara pun dia wat derk je.. Susah nak jumpa laki camtu kan.. Salu kalo laki lain da same2 maki jugak kot.. hoho.. Terpulang la masing2..

Satu je la, aku x dapat merasa ade abang.. Dulu time sekolah aku jeles kot tengok kawan2 aku abang dorang salu amek mase balik sekaloh.. Tambah2 fariza.. Hari2 tunggu TR (Flat keta) dtg amek. xtau nape kami panggil keta dia camtu.. Pastu budak2 ni mula ar kecoh, "Za, kem salam kat khalid jamlus". Muka abang dia sebiji cam khalid jamlus.. huhu.. sume dok pakat berkenan.. sengal..

Tapi baru2 ni aku ade la sembang ngan sorang kawan aku ni..Dia lelaki la..Dia cakap kat aku, kalo ade lelaki nak couple ngan adek pempuan dia kena lepas dulu ngan ayah ngan 2 abang dia termasuk dia jugak. Aku fikir balik.. susah ar camtu. Ayah da la polis, ade 3 abang lagi.. Mase tu baru aku fikir nasib baik la aku x de abang.. Kalo x mesti nak menyibuk hal aku jugak.. Pelik la dorang ni.. Aku cakap kat dia, x fair la macam tu.. Diri sendiri xpe je, nak sibuk2 hal adik dia pulak.. Dia jawab nak jage adik dia.. abis pempuan yang dia kuar n jumpa 2 pempuan jugak cam adik dia.. Dorang x pernah fikir pulak.. Aishh x paham la aku.. Nak cakap pun susah... Erm kalo dapat abang yang baik tu xpe la.. Tapi kalo dapat abang yang suke mengongkong hidup orang je.. Wooo aku xde abang pun xpe..

p/s: Cukup la aku ade sorang "abang" tu.. Ngeee :D


Saturday, December 12, 2009

No More sambungan KISAH P.E.L.A.N.G.I

Tiba2 aku mengambil keputusan untuk tidak menyambung kisah tersebut. biarlah aku sahaja yang mengetahuinya.. terima kasih sudi membaca kisah tersebut..

Friday, December 11, 2009

KISAH P.E.L.A.N.G.I - [bahagian 1]









Tahun 2009 semakin hampir ke penghujungnya. Bermacam-macam peristiwa dan kisah yang sudah terkumpul sepanjang tahun ini. Segala pahit getir juga kemanisan sudah aku rasai. Di sini aku ingin menceritakan kembali segala peristiwa yang berlaku dalam hidupku sepanjang tahun ini. aku cuma ingin mengenang kembali apa sebenarnya jalan yang telah aku lalui untuk tiba di saat ini. di hari aku masih bernyawa di atas bumi Allah ini. Mungkin ada sesetengah cerita tidak dapat disiarkan untuk menjaga hati sesetengah pihak..

Pada awal tahun ini aku masih hidup terumbang-ambing. Aku sibuk mencari kerja dan asyik pergi temuduga je. tapi memang susah nak dapat kerja kan. Aku plak makin lame dah rase makin bosan duduk kat umah je. Pada mase tu jugak hidup aku diselubungi kesedihan dan kekecewaan apabila orang yang aku paling sayang meninggalkan aku sendirian. Setiap hari aku hanya mampu menangis sendirian. Setiap hari aku cuba mencari kekuatan untuk meneruskan hidup dengan lebih baik. aku cuba melupakan kesedihan yang aku rasai. Hanya pada Dia lah tempat aku mengadu. Kalau hari2 mengadu kat orang pun mesti orang bosan juga nak melayan. jadi aku hanya pendamkan kesedihan itu sendirian. cuma apabila aku sudah tidak dapat menahan kesedihan itu sahaja aku akan meluahkannya pada teman baik ku yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senangku iaitu Azie atau Siti Nazirah Abd Karim.. Thankz sangat Zie. sampai hari ni, ko sentiasa tolong aku x kire apa pun..

Pada suatu hari cousin aku iaitu Abg Amin dengan wife dia Kak Misah datang rumah aku. Aku pun cerita la susah betul nak cari kerja asyik pergi interview tapi x dapat2 pun. Tiba2 Kak Misah tanya aku nak tak stay dengan diaorang, try cari kerja kat tempat dia lak. Diaorang ni stay kat Bidor. Aku pun terus setuju. Sebenarnya masa tu aku memang ade terfikir nak pergi tempat lain, aku rase nak lari jauh dari rumah aku dan semua orang yang kenal aku. Hidup aku memang agak tertekan pada masa tu. aku rase aku memang perlukan suasana baru untuk aku mencari kehidupan yang lebih tenang...

Apabila aku pergi ke Bidor aku terus menukar nombor telefonku. Aku rase aku perlu bersendirian ketika itu. Aku tidak mahu sesiapa tahu di mana aku dan juga semua kisah diriku. aku menjauhkan diri dengan semua orang pada ketika itu termasuklah teman2 rapat ku juga. Hanya Azie yang tahu semua kisah hidupku. Aku tahu aku tidak boleh lari dari masalah. Aku cuma ingin mencari ketenangan ketika itu..

Semasa di Bidor, Kak Misah banyak membantu aku untuk mencari kerja. Walaupun semuanya agak kurang membuahkan hasil. Tapi aku x kisah. Aku rase tenang sedikit semasa tinggal di sana. Abg Amin pulak jarang ade kat rumah. Dia salu kerja luar. Tinggal la kami dengan anak2 diaorang. Kadang2 pergi hantar barang kat Cameron Highland. Tapi besh sangat bila dia balik. Mesti bawa bunga banyak sangat dari sane sebab dia dapat free je. Kadang2 rumah tu dah jadi cam kedai jual bunga. terlampau banyak sampai kena bagi kat jiran2 sikit. kalau x rumah jadi taman bunga lak. hehe Aku ni pulak memang agak obsess dengan bunga. Sebab tu aku suke sangat. Sejuk mata memandang. hehe

Setelah agak lame aku tinggal di sane aku masih tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan. Makin runsing pulak aku dibuatnya. Tiba2 kakak ku mengajak aku stay dengan dia kat Kl dan try cari kerja kat sane.. Pucuk dicita ulam mendatang. da lame aku tunggu peluang ni.. hehe Aku pun bagitau cousin aku nak try cari kerja kat KL lak. Dorang x kisah Cuma risau nak melepaskan aku sorang2 pergi ke KL. Kebetulan adik kak Misah yang kerja kat KL balik kg sebab de kenduri. So dorang pun suruh dia teman aku balik KL sekali. Aku pun x risau sangat sebab de teman kat Pudu nanti.

Akhirnya pada 28 Mac 2009 aku pun bertolak ke sane dengan Rizal. Mase dalam bas kami berborak macam2 cerita. dia bagitau dulu dia pernah study kat sek teknik Manjung dekat rumah aku. Baru aku teringat dia pernah datang rumah aku dulu mase Abg Amin nak hantar dia balik asrama. Lepas bertahun2 baru sembang dengan dia. dulu kecik lagi segan la. hehe.. Besh gak la borak dengan dia. dia nasihat aku suruh sambung study balik. tapi aku cakap nak try kerja dulu.. Bile dah sampai kat pudu, dia teman aku sampai kakak aku datang ambik aku. Pada hari itu, bermulalah kisah aku di Kuala Lumpur.

Next time aku sambung lagi k kisah yang seterusnya. hehe.. Erm ptg tadi aku dah cek result exam aku. Alhamdulillah sume pass walaupun tidak cukup cemerlang.. Next sem I’ll try harder.. Tadi pulak ade party sikit kat rumah nenek. sambut besday anak sepupu aku. aku suke bile dapat berkumpul ramai2 dengan mak cik2 and sepupu2 aku. mesti meriah sangat.. Like it.. hehe.. ok la lain kali kite cerita lagi =)



Sunday, December 6, 2009

macam-macam...Never Ending Story...

the story of life will never ending as long as we still breath in this world. it is a beautiful and also a colourful story.. it contains various of taste and vary for different people.. of course all likes the sweet taste more than sour.but the fact is we still can't avoid the bad side cause it already written from the beginning of time this world have exist.. we can't run from it, we have to face it no matter what..

Macam mana nak puaskan hati semua org ye kalau kdg2 hati kita sendiri pun kita x dpt nak puaskan.. Memang hati manusia agak susah untuk difahami. sedangkan diri sendiri pun tidak dpt difahami.. best kan kalau kita ade kawan macam doraemon tu.. huhu.. bole la mintak macam2 benda yg best kat dia yang xde dlm dunia ni.. ape la yang aku merepek ni???? ;p

sekarang ni aku sedang menaip sambil berbaring2 di dalam bilik kakak ku dengan malas dan bosannye.. xde program lg ke ari ni?? da bosan ni.. cam besh je dengar org kenduri sebelah umah ni karaoke.. patut la ujan lebat.. haha.. tapi rase cam nak joint pun de gak.. xpe ar, aku karaoke sorang2 je kat umah.. haha

erm pe nak wat skang eh??? tv pun xde cte menarik.. ye baru teringat de eskrem dlm peti ais.. jom mam eskrem dulu.. yummy :D

Saturday, December 5, 2009

Blog ku *munirah hani tarmizi*

Erm sebenarnya aku pun tidak tahu ape yang ingin ku luahka sekarang.. aku hanya mula menaip kerana kebosanan melampau yang aku rasakan saat ini.. Mungkin dengan cara ini aku dapat melupakan kebosanan yang sedang melanda..

Sekarang aku masih menetap di rumah sewa kakak ku di keramat.. selama berada di sini, ade juga kenangan2 manis yg sudah tercipta walau selebihnya hanya ditemani kesepian dan kerinduan.. aku pernah terbaca ade seseorang menulis, "sepi itu indah".. Hurm betulkah begitu?? setakat ni aku pun masih belom menemui kebenarannya...

Pada 1 dec lalu, aku telah menemui dia. kalau lah kau masih ingat sayang, kali terakir kita keluar bersama juga adalah pada tarikh yg sama pd thn lepas.. genap setahun kan sayang.. Selepas setahun berlalu akhirnya aku dapat menemui mu semula. tak dapat nak digambarkan dengan kata2 betapa aku sangat merindui dirimu sayang.. Alhamdulilah setelah begitu lama kita menanti, akhirnya Tuhan masih memberi kita peluang untuk bertemu semula.. ada x orang lain yang bercinta macam kita ni ye? xpe lah.. mngkin ini memang perjalanan cinta kita.. aku bersyukur kerana kau masih insan yang same aku kenali 4 tahun yang lalu.. walau macam2 ujian dan dugaan yang melanda cinta kita, walau kita pernah terpisah sekian lama, namun aku dapat merasakan bahawa cinta ini masih milik kita berdua.. semoga Tuhan akan terus merestui kasih sayang kita ini..

Pada hari itu,dia telah menemani aku ke Genting Highland.. Dia tahu betapa aku teringin sangat untuk menjejak kaki di sana.. Kami sampai di sana dalam pukul 11 lebih.. Tetapi malangnya, apabila kami sampai sahaja di puncak, hujan terus turun dan semakin lebat.. terpaksalah kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan shj di dalam.. Aku menemani dia makan dahulu kerana aku tau dia mmg kuat makan, mesti lapar belum makan lagi.. haha.. seperti biasa tempat fav dia, mcD la.. mase tengah beratur 2 tetiba de sorang pak cik arab ni ofer tiket indoor game dia kat kami sebab dia da nak balik pun.. kami pun amek je la,org da bagi kan. pas makan kami pun pergi la kat tempat indoor game 2. wah semua cam game ntok budak2 je, nak main pe ni?? haha so kitorang pusing2 je lah kat situ.. ramai gila org sebab time cuti skool kan..

Then tengok tiket yg pak cik 2 bagi de 1 tiket ntok snow world.. best nya aku da lame teringin nak rase main salji.. kami pun pergilah masuk ke dlm 'snow world' tersebut dgn memakai sweater dan gloves yang dah disediakan.. ade lah bau 'masyam' ckt sebab sume pakai baju yg same kn.. huhu xtau la da bape thn dia x basuh baju 2.. Bila melangkah je ke dunia salji tersebut, kesejukan terus menyerbu diriku. rase cam masuk dlm peti ais pun ade.. hehe.. Yang bestnya bila kami bercakap, ade asap keluar dari mulut (macam dalam TV tu.. huhu).. kami pun mula ar wat keje sengal main hembus2 nafas.. haha.. tapi aku mmg xtahan sejuk.. 15 minit je aku da xtahan kesejukan kat situ.. terus la aku ajak dia keluar. dia cakap kat aku yang aku ni memang xleh duk kat u.s.. sejuk sikit pun da xtahan.. xpe la aku mmg nak duk malaysia je pun.. huhu

Kuar je dari situ kami terus menuju ke skyway untuk turun ke bawah dan mengakhiri percutian kami di sane.. dalam pukul 3 lebih agaknye kami sampai di tempat meletak kereta dan terus menuju ke shah alam. Malam tu sepatutnya kami bercadang nak pergi karaoke tapi lambat lak kuar, karaoke pun da tutup.. tempat lain xtau lak nak cari.. last2 terpaksalah dia teman aku window shoping kat uptown s.a..

Esoknya kami ke klcc. tibe2 terjumpa book store saje la masuk igt nak tgk2 je.. dia pulak belek punya belek banyak la plak yg berkenan.. kalau bole sume pun dia nak borong kot.. huhu.. tapi disebabkan masalah kewangan dia beli la 2 buah buku je.. aku da pesan awal2 nak pinjam buku 2 pas dia abes bace.. malas nak beli.. hehe.. terbang la duet dia kat book store 2 tapi aku tau dia x kisah pn.. memang dia minat pun, xpe lah.. Then kami terus g makan kat food court yang punyalah ramai orang.. pastu dia pun hantar aku balik keramat. awal jugak kami balik sebab aku kesian jugak dia nak drive jauh lagi..

Saat terakhir 2 la yang paling x bole nak lupa.. aku da mule rase sedey time 2.. aku pun banyak diam je.. dia ckp aku cam xlayan je.. dia ingat aku majuk ke ngan dia.. padahal aku tengah tahan kesedihan mase 2.. sampai je umah time nak kuar keta 2 aku da xleh control.. terus nangis je.. terpaksa lah dia pujuk aku dulu.. bile lah dapat jumpa kamu lagi sayang? tentu aku akan kerinduan kembali selepas ini..

Whateves it is,Thankz so much sayang for the moments u've spend wif me.. ia akan sentiasa tersemat dalam ingatan sehingga kita bertemu kembali.. kau kesayanganku untuk selamanya my Dear...