My HeartBeat ^^

Sunday, March 7, 2010

Kisah kau dan aku...

Rasanya kisah kau dan aku xkan pernah tamat.. Kau dan aku masih di sini walau terpisah jarak dan ketika.. Dan yang pasti, kau xkan pernah hilang dari hatiku.. Perkenalan kita yang agak panjang telah mencorak pelbagai cerita yang xmungkin luput dari ingatan.. Mungkin perkenalan yang panjang itu juga yang akhirnya memisahkan kita.. Mungkin kau sudah bosan dengan kisah yang sama.. Mungkin kau ingin mencorak kisah yang baru pula..

Bagi aku, kau lah kisah terindah dalam hidupku.. Walaupun aku xdapat lagi mencorak kisah tersebut dengan dirimu, aku masih rasa bahagia dengan kehadiran cintaku padamu.. Cinta itu adalah untuk selamanya.. Mungkin kau xdapat bersamaku lagi hari ini.. Tapi aku masih yakin, andai memang dirimu yang Dia ciptakan untuk aku, suatu hari nanti pasti kau akan kembali padaku.. Pergilah sejauh mana kau mahu pergi.. xkan ku halang, xkan ku ganggu kehidupanmu.. Kerana aku yakin padaNya....

Namun andai kau bukan diciptakan untuk aku, aku tetap doakan kesejahteraan dan kebahagianmu.. Kau tahu betapa aku tidak sanggup melihat kau di dalam kesakitan dan kesedihan.. Aku akan lebih merasa kesedihan itu.. Aku lebih rela aku yang menanggung kesedihan ini asalkan kau bahagia.. Aku tahu keadaanmu yang tidak berapa baik sekarang.. Kau xtahu betapa aku ingin berada di sampingmu tika ini.. Aku ingin berkongsi kesakitanmu bersama.. Namun apalah dayaku.. Kau sudah tidak menginginkan kehadiranku.... Aku hanya mampu berdoa untuk mu dari kejauhan ini.. Semoga kau kuat menghadapi dugaan ini.. Jangan berputus asa.. Aku tahu kau kuat.... Jaga diri baik2...

No comments: